Sunday, June 24, 2007

Sejarah sekolah

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1945 oleh penduduk kg. Ianya hanyalah berukuran 10 x 16 kaki persegi dan mempunyai seramai 10 orang murid. Pada tahun 1949 telah diperbaiki dan dtperbesarkan menjadi 100 x 24 kaki persegi. Ianya bertiangkan kayu hutan dan berlantaikan tanah liat. Muridnya pula telah bertambah kepada 80 orang. Menurut cerita, tanah tapak sekolah ini dipenuhi dengan pokok manggis. Oleh itu Yang Mulia Tuan Syed Esa Bin Alwi mengesyorkan sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Seri Manggis. Seterusnya ia telah dirasmikan oleh En Seth bin Md. said Pegawai Daerah B. Pahat pada 15.1.1950. Pada tahun 1957 namanya telah ditukar menjadi Sekolah Umum seri Manggis. Seterusnya pada tahun 1960 ianya bertukar menjadi SK Seri Manggis dan kekal sehingga ke hari ini. Pada tahun 1952 lantai tanah liat telah digantikan dengan simen. Pada tahun 1955 atap rumbia telah ditukar kepada atap zink. Pada tahun 1957 panjang sekolah ini telah ditambah menjadi 120 kaki. Pada tahun 1989 bekalan air dan elektrik telah dapat disalurkan. Pada tahun 1995 pula jalan berturap telah disempurnakan hingga ke sekolah ini. Pada masa ini iaini pada tahun 2007 yang merupakan tahun blog ini dibina SK Seri Manggis telah mempunyai satu bangunan Pra dan kelas pemulihannya sendiri. Guru sekolah ini juga telah meningkat menjadi seramai 10 orang. Manakala muridnya pula seramai 89 orang. Walaupun sekolah ini merupakan sebuah sekolah kurang murid tetapi ia tidak mengamalkan kelas cantum dan ini merupakan kerana komitmen yang tinggi guru-gurunya dalam mendidik pelajar. Guru di sekolah ini masih tabah menjalankan tugas walaupun bebanan kerja yang ditanggung sangat berat. Inilah pengorbanan guru SK Seri Manggis. Pada masa ini Sekolah ini ditadbir oleh En. Nordin b. Norit (Guru Besar),En M. Salleh b. Piee(GPK 1),En Tumiran b. Selamat(GPK Hem),En M. Shahrizan b. M. Baharin (GPK Ko-Ku) dan 6 guru lain yang merupakan perempuan kesemuanya.

bengkel bina blog

hari ini saye telah mempelajari care untuk membine laman web dan free blog.nak masuk gambor tapi gambor nye pulak takde.